Friday, February 19, 2010

Mak, Ayah ... Pastikan Anak Anda Bersarapan Pagi Sebelum Ke Sekolah

Ibu bapa mesti mewajibkan anak-anak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan pagi dalam bahasa inggeris ialah "breakfast". Mari kita teliti makna "break" dan "fast". Secara literalnya "break" bermakna "pecah" dan "fast" bermaksud "puasa". Memang tepat sekali perkataan "breakfast" kerana ia apabila seseorang bersarapan pagi (katakan jam 6.30 pagi) ia seperti "memecahkan puasa" sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam, mungkin 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna si anak (kita sekalipun) telah 'berpuasa' selama lebih kurang 10 jam.

Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. Saya juga teringat kata-kata pujangga yang berbunyi: "Makan pagi seperti seorang raja (king); makan tengah hari seperti anak raja (prince) dan makan malam seperti seorang miskin (pauper)". Pepatah Arab pula ada menyebutkan "Makan pagi seorang diri (makan banyak), makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan, jadi makan secara sederhana) dan makan malam dengan satu kampung (kerana terlalu ramai, hanya boleh makan sedikit)". Kedua-dua kata-kata di atas menekankanj peri pentingnya makan pagi dan makan dengan jumlah yang banyak. Malangnya budaya kita sekarang, jam 1 atau 2 pagi, berduyun-duyun orang di kedai nasi kandar makan (sambil menonton bola sepak di skrin besar). Itu amalan tidak sihat sebenarnya !

Sarapan pagi akan sebenarnya memberi tenaga kepada mereka untuk menghadapi pelajaran nanti. Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, "Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga". Kata pakar pemakanan itu, "walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi  tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur". Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati "pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun" Kelembapan otak diukur dari sudut "reaction time" (masa tindak balas) dan "mental agility" (ketangkasan berfikir).

Catherin Kong, seoeang pakar pemakanan dalam temubual di "Breakfast on 2" TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka dari pelajar Melayu. Saya tak tahu. Kita fikir dan renunglah !

Ibu dan ayah, jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan lapuk yang sering digunakan apabila ibu bapa cuba mencari alasan tertentu dalam soal pendidikan anak. Juga jangan bagi alasan "anak saya tak mahu makan pagi". Ya, memang betul sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan bersarapan pagi. Fikir dan renung. Terima kasih.

Wednesday, February 3, 2010

Hiburan, Hiburan, Hiburan .... Terlalu Banyak di Malaysia !

Saya ada menulis dalam blog (lain) sebelum ini betapa "terlalu banyaknya hiburan" di negara kita ! Buka sahaja saluran mana sekalipun TV, mesti dipenuhi dengan hiburan yang disajikan oleh anak sekolah, remaja, malah untuk orang tua-tua (atas jenama "pop yeah-yeah"). Ia bukan fenomena hujung minggu, malah hari minggu termasuk Khamis, malam Jumaat. Kemudian bermacam-macam syarikat berebut-rebut untuk menaja konsert yang diadakan di seluruh negara ... dari pekan kecil di pedalaman ke kotaraya seperti Kuala Lumpur, JB dan sebagainya. Juga yang paling menyedihkan, hiburan juga melanda di tempat yang sepatutnya kebal dengan anasir sebagini rupa ... iaitu kampus. Pelajar universiti bersama profesor menyambut dan berhibur dengan penyanyi seolah-olah sudah kekeringan idea untuk menganjurkan aktiviti lain yang "lebih berilmu" ! Saya selama ini berpendapat orang yang sukakan hiburan, kurang minat dengan ilmu dan orang yang cintakan ilmu kurang suka dengan hiburan. tetapi ternyata sangkaan saya meleset. Kenapa ? Kenapa? Kenapa ? Wahai sang profesor apa dah jadi dengan anda ? Persoalan ini kita bicarakan di lain waktu, insayAllah.

Malangnya dari apa yang dapat dilihat sekarang, momentumnya semakin rancak bukan semakin reda. Pada masa yang sama negara kita sedang menghadapi pelbagai masalah sosial. Buka sahaja muka depan akhbar Harian Metro ... takut untuk kita melihat apa yang berlaku dalam negara. Kita seolah-olah tidak dapat kaitkan bahawa semakin banyak, berlambak dan meluasnya konsert hiburan. Saya harap Pak Menteri ambil perhatian dalam hal ini sebab selagi hiburan dibiar berleluasa, selagi itu masalah-masalah lain yang bersangkutan dengannnya, termasuk hilang minat belajar di kalangan pelajar sekolah akan menjadi semakin parah. Bagaimana kaitannya ... jug akan kita bicarakn di lain ketika.

Saya selalu menyatakan dalam ceramah saya khusus kepada ibubapa agar kawal anak-anak daripada menonton TV berlebihan kerana ia pasti akan menjejaskan prestasi akademik anak mereka yang kini kesempitan waktu untuk belajar selain semakin hilang minat terhadap pencarian ilmu. Saya selalu juga membuat perbandingan betapa "hebatnya TV kita" dari segi hiburan. Kalau negara kita mahu memecah rekod dunia, mungkin di sinilah peluangnya, iaitu menjadikan kita "negara yang paling banyak terdedah dengan hiburan hingga membiarkan rakyatnya ... dari anak kecil ke remaja sehinggalah ke orang dewasa yang leka dengan hiburan !". 

Saya pernah menyatakan bahawa kalau dibandingkan dengan mana-mana program TV di mana-mana negara di dunia ... England, Amerika, Kanada, Australia, Itali dan Singapura sememangnya negara kita terkehadapan menyajikan hiburan sehingga melekakan rakyat. Ya memang betul sebab saya sendiri sudah ke negara-negara tersebut. Setiap kali saya ke sana saya sengaja menyemak program TV mereka untuk membuat perbandingan. Kini saya boleh tambah sebuah lagi negara Barat yang dikalahkan oleh Malaysia dalam penyajian hiburan, iaitu New Zealand. Kini saya sedang menghantar posting ini dari Christchurch, New Zealand kerana selain menziarahi anak di Massey University, saya dan isteri juga ambil kesempatan melawat dan menikmati keindahan alam semula jadi negara ini.

Apa pandangan anda ? Sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan saya di atas, saya sedia mendengar termasuk pandangan yang bertentangan (jikalau ada). Kita buka untuk melebarkan idea.