Wednesday, February 3, 2010

Hiburan, Hiburan, Hiburan .... Terlalu Banyak di Malaysia !

Saya ada menulis dalam blog (lain) sebelum ini betapa "terlalu banyaknya hiburan" di negara kita ! Buka sahaja saluran mana sekalipun TV, mesti dipenuhi dengan hiburan yang disajikan oleh anak sekolah, remaja, malah untuk orang tua-tua (atas jenama "pop yeah-yeah"). Ia bukan fenomena hujung minggu, malah hari minggu termasuk Khamis, malam Jumaat. Kemudian bermacam-macam syarikat berebut-rebut untuk menaja konsert yang diadakan di seluruh negara ... dari pekan kecil di pedalaman ke kotaraya seperti Kuala Lumpur, JB dan sebagainya. Juga yang paling menyedihkan, hiburan juga melanda di tempat yang sepatutnya kebal dengan anasir sebagini rupa ... iaitu kampus. Pelajar universiti bersama profesor menyambut dan berhibur dengan penyanyi seolah-olah sudah kekeringan idea untuk menganjurkan aktiviti lain yang "lebih berilmu" ! Saya selama ini berpendapat orang yang sukakan hiburan, kurang minat dengan ilmu dan orang yang cintakan ilmu kurang suka dengan hiburan. tetapi ternyata sangkaan saya meleset. Kenapa ? Kenapa? Kenapa ? Wahai sang profesor apa dah jadi dengan anda ? Persoalan ini kita bicarakan di lain waktu, insayAllah.

Malangnya dari apa yang dapat dilihat sekarang, momentumnya semakin rancak bukan semakin reda. Pada masa yang sama negara kita sedang menghadapi pelbagai masalah sosial. Buka sahaja muka depan akhbar Harian Metro ... takut untuk kita melihat apa yang berlaku dalam negara. Kita seolah-olah tidak dapat kaitkan bahawa semakin banyak, berlambak dan meluasnya konsert hiburan. Saya harap Pak Menteri ambil perhatian dalam hal ini sebab selagi hiburan dibiar berleluasa, selagi itu masalah-masalah lain yang bersangkutan dengannnya, termasuk hilang minat belajar di kalangan pelajar sekolah akan menjadi semakin parah. Bagaimana kaitannya ... jug akan kita bicarakn di lain ketika.

Saya selalu menyatakan dalam ceramah saya khusus kepada ibubapa agar kawal anak-anak daripada menonton TV berlebihan kerana ia pasti akan menjejaskan prestasi akademik anak mereka yang kini kesempitan waktu untuk belajar selain semakin hilang minat terhadap pencarian ilmu. Saya selalu juga membuat perbandingan betapa "hebatnya TV kita" dari segi hiburan. Kalau negara kita mahu memecah rekod dunia, mungkin di sinilah peluangnya, iaitu menjadikan kita "negara yang paling banyak terdedah dengan hiburan hingga membiarkan rakyatnya ... dari anak kecil ke remaja sehinggalah ke orang dewasa yang leka dengan hiburan !". 

Saya pernah menyatakan bahawa kalau dibandingkan dengan mana-mana program TV di mana-mana negara di dunia ... England, Amerika, Kanada, Australia, Itali dan Singapura sememangnya negara kita terkehadapan menyajikan hiburan sehingga melekakan rakyat. Ya memang betul sebab saya sendiri sudah ke negara-negara tersebut. Setiap kali saya ke sana saya sengaja menyemak program TV mereka untuk membuat perbandingan. Kini saya boleh tambah sebuah lagi negara Barat yang dikalahkan oleh Malaysia dalam penyajian hiburan, iaitu New Zealand. Kini saya sedang menghantar posting ini dari Christchurch, New Zealand kerana selain menziarahi anak di Massey University, saya dan isteri juga ambil kesempatan melawat dan menikmati keindahan alam semula jadi negara ini.

Apa pandangan anda ? Sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan saya di atas, saya sedia mendengar termasuk pandangan yang bertentangan (jikalau ada). Kita buka untuk melebarkan idea.

5 comments:

Cikgu Ruhaifi said...

Assalamualaikum Dr. Shukri,

Salam perkenalan dari saya, Mohd Ruhaifi (Ruhaifi).

Saya sangat bersetuju dengan perspektif tuan di alam isu lambakan hiburan di negara kita yang tercinta ini.

Tibalah masanya, kita mengumpul idea, tenaga, kesepakatan dan perancangan yang teliti serta terancang bagi mengatasi isu ini.

Izinkan saya berkongsi beberapa pelan tindakan yang mungkin boleh dilaksanakan secara bersama:

1. Serang balas adalah salah satu strategi petahanan yang baik.
- Jika diperhatikan, penerbitan rancangan berbentuk pendidikan dan ilmiah semakin berkembang (berbanding dahulu)walaupun dalam keadaan yang agak perlahan jika dibandingkan dengan aliran rancangan hiburan.
- Tibalah masanya, kita bergabung tenaga menghasilkan penerbitan ilmiah yang menghiburkan. Contohnya, rancangan kuiz "Are You Smarter Than Fifth Gred?" sangat mendapat sambutan.
- Peribahasa "ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya" boleh dijadikan pegangan bagi menghasilkan penerbitan ilmiah berunsur kreatif sepertimana yang telah pun diamalkan oleh Dr. Shukri sendiri.

2. Promosikan penerbitan ilmiah setanding dengan promosi yang dijalankan oleh pihak penerbitan hiburan.
- Tiada yang mustahil jika istiqamah dan ada perancangan demi kebaikan.
- Contoh gerak kerja promosi berkesan: Syarikat penerbitan buku PTS telah muncul antara penerbit buku yang semakin disukai ramai kerana khazanah ilmu dipromosikan mengikut selera arus perdana. Rekabentuk 'cover', Judul, karektor penulis dan banyak lagi ciri - ciri bukunya tampil menggiurkan dan menyakinkan.

Saya sendiri sedang belajar menulis bahan - bahan yang mendidik menerusi blog saya. Banyak kekurangan dan sangat perlu diperbaiki. Prinsipnya, setiap sesuatu itu mesti ada pangkalnya sebelum ada hujungnya.

Sebelum saya mengundur diri, pohon maaf dipinta terhadap kekurangan diri ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan atas usaha anjakan paradigma yang dilakukan dengan amat tersusun, istiqamah dan hikmah.

Ikhlas,
- Ruhaifi Razak -
www.cikguruhaifi.com

Admin said...

Saya setuju dgn pendapat Dr. Syukri. Hiburan di negara kita terlalu banyak, tidak ditapis dgn baik dan melalaikan. Hinggakan ramai anak muda memasang niat mengejar glamour di dlm dunia hiburan berbanding mengejar ilmu utk memantapkan diri.

Dr Shukri said...

Salam Cikgu Ruhaifi dan MM,
Saya nak ambil kata-kata Cikgu "Tibalah masanya, kita mengumpul idea, tenaga, kesepakatan dan perancangan yang teliti serta terancang bagi mengatasi isu ini". Saya setuju benar, untuk memberkesani usaha menangani "hiburan keterlaluan" kita yang menyedari dan sensitif dengan perkara ini perlu bergabung tenaga untuk mengajak ramai rakan-rakan lain yang sememangnya "meluat" dengan perkembangan berkenaan. Sekurang-kurangnya kita mampu bertukar fikiran untuk mencari jalan terbaik dan penuh hikmah dalam isu ini. Cikgu mahu mengambil inisiatif bersama rakan-rakan lain?
Terima kasih.

Anonymous said...

Sereyes sngat2 sya stuju btoiii

Anonymous said...

Sya tengok PM kita pon mcm dh tejun skli dh dlm dunia hiburan ni