Sunday, January 24, 2010

ALLAH GIVE AND FORGIVE ... BUT WE GET AND FORGET ! ALLAH MEMBERI DAN MEMAAFKAN ... TETAPI KITA MENERIMA DAN MELUPAKAN !

Bayangkan betapa banyaknya nikmat pemberian Allah. Tidak perlu kita pergi jauh, ingat - bahawa anda pada masa ini boleh membaca blog ini adalah satu nikmat. Cuba renung betapa Allah berikan kita nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat emosi dan perasaan ... dan sebagainya (terlalu banyak lagi jika mahu dihitung dan dihurai ... )
Saya teringat menonton filem "The Invasion" lakonan Nicole Kidman di mana satu epidemik melanda Washington D.C. yang meragut emosi seseorang semasa mereka sedang tidur. Sesiapa sahaja yang terkena virus ini akan hilang perasaan dan emosi. Dia ibarat manusia tetapi robot. Apabila hilang emosi kita sudah tidak tahu lagi erti kasih sayang, erti persahabatan, erti kesyukuran dan sebagainya. Ya, memiliki emosi adalah satu nikmat.
Allah Maha Memberi, Maha Mengasihani, Maha Pengampun. Kita membuat dosa setiap hari. Allah akan mengampun dosa-dosa itu selagi nia dosa kecil dan kita bersolat setiap waktu. Setiap solat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Dosa besar pula (kecuali syirik) akan diampunkan asalkan kita sentiasa bertaubah kepada yang Maha Esa. Allah memberi dan memaafkan.
Bagaimana dengan kita setelah mendapat pelbagai kenikmatan yang Allah kurniakan, kita lupa daratan. Kita sangka kita hebat sangat. Kita cemerlang peperiksaan, kita kata ini sebab "AKU belajar rajin". Kita ada rumah dan kereta besar, kita memberitahu orang, ini sebab "AKU kerja kuat". Kita dipilih menjadi pemimpin atau ketua sesebuah organisasi, kita sebarkan berita bahawa ini sebab, "AKU paling layak". Kita lupa semuanya itu hanya terjadi dengan IZIN Allah belaka.
Sedar dan insaflah kawan (termasuk penulis ini juga), kita angkuh sangat dan cepat lupa pemberian Allah. Marilah kita banyak bersyukur, banyak beristighfar. Marilah kita semakin dekat dengan Yang Maha Esa.

1 comment:

Ariffah9 said...

Salam, yerp..
kat MALAYSIA dh banyak hiburan.
dgar hiburan je, dah lali.

Cara hindarkan semua ini. Hanya dengan iman.
Dengan bersatunya hati-hati para muslim. Bersatu dengan IMAN.
Insya'allah, segala masalah settle, dgn izin Allah.

Pertama, tingkatkan dan kualitikan solat.
Apa perkara prtama yg akan dipertimbangkn di akhirat kelak? Solat.

Hiburan? Melampau, obses dgn hiburan? Ada yang tak kena dengan solatnya..

Skdar pandangan dari individu,
Ariffah9..