Tuesday, May 4, 2010

SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

MOTIVASI PEPERIKSAAN
SEMINAR PECUTAN AKHIR PEPERIKSAAN

STUDY DI SAAT AKHIR !N ….
Sama ada kita bersetuju atau tidak, hakikatnya ramai pelajar gemar belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Mereka lazimnya berusaha berhabis-habisan di bulan-bulan terakhir menjelang peperiksaan. Pada ketika inilah mereka berjaga hingga lewat malam dan bersengkang mata mengulangkaji tajuk-tajuk yang selama ini terabai.
Ini bukan satu tabiat yang perlu digalakkan, namun itulah yang menjadi amalan ramai pelajar. Mereka berkata kononnya kalau belajar awal lupalah. Tetapi sebenarnya lupa kerana jarang mengulangkaji !

PERSIAPAN AKHIR YANG LEBIH BERKESAN …
Tanpa bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertungkus lumus di saat-saat akhir, Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan boleh membantu pelajar membuat persiapan akhir secara lebih intensif, bijaksana dan berkesan. Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan seminar ini di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, Seminar Pecutan Akhir telah berjaya mengajak pelajar memulakan “study last-minute” mereka lebih awal !
Menjelang bulan Jun (tarikh di mana seminar ini dijalankan) pelajar Tahun 6 mempunyai 3 bulan lagi menjelang UPSR, pelajar Tingkatan 3 ada lagi 4 bulan lagi manakala abang kakak mereka yang akan menduduki SPM atau STPM mempunyai 5 bulan menjelang peperiksaan utama yang akan mencorakkan masa depan mereka buat selama-lamanya.
Walaupun sudah agak terlewat, namun jika digunakan dengan betul masa yang ada berdasarkan strategi persediaan peperiksaan yang akan diperkenalkan dalam seminar ini, kami amat yakin ia jauh lebih baik daripada membiarkan mereka meraba-raba persendirian belajar di saat-saat akhir. Sememangnya pelaburan untuk seminar ini berbaloi.  

FOKUS UTAMA SEMINAR
Fokus utama seminar ini adalah untuk MENDORONG serta MEMBANTU pelajar (dengan membekalkan panduan persediaan peperiksaan) agar bijak:
(A)  Menggunakan sepenuhnya baki masa yang ada menjelang
peperiksaan: Bagaimana harus pelajar menguruskan masa berkenaan agar setiap ruang dan peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. Di mana ruang pembaziran masa yang perlu ditangani segera, apa yang perlu diutamakan dan apa yang perlu dilepaskan, akan menjadi focus Seminar ini.

(B)  Memaksimumkan ulangkaji / latihtubi beberapa bulan
 sebelum peperiksaan: Ada pelbagai aktiviti belajar yang perlu diutamakan. Apakah prioriti di bulan-bulan terakhir ini pelajar perlu membuat nota atau membaca atau berbincang atau membuat latihtubi? Perkara ini akan dibentangkan supaya sama ada mereka yang selama ini sudah belajar dari awal atau yang baru nak “memecut” panduan yang dibekalkan dalam seminar ini sudah pasti menambahkan keberkesanan persediaan mereka menghadapi peperiksaan.

(C)   Membekalkan tip-tip penting menjawab soalan peperik-
saan agar membantu pelajar mendapat markah peperiksaan yang semaksimum mungkin. Kita mendefinisi-kan peperiksaan sebagai bertujuan untuk “menguji pelajar menjawab soalan dengan tepat, cepat dan hebat”. Ini bermakna jawapan mestilah TEPAT. Jika tidak salahlah jawapan !. Ia juga mesti CEPAT, dalam ertikata “MASA” adalah kekangan utama seseorang pelajar ketika berada di dewan peperiksaan. Hebat macam manapun seseroang pelajar dia hanya boleh menawab soalan dalam ruang masa yang diperuntukkan. Sementara itu bagi soalan bersifat essei / subjektif, ada satu cirri lagi yang mesti dititikberatkan untuk menjamin markah maksimum, yakni jawapan yang HEBAT !. “Hebat” itu wujud jika jawapan seseroang pelajar dibandingkan dengan jawapan pelajar lain bagi kertas yang diperiksa oleh seseorang pemeriksa. Ini semua akan dikupas supaya pelajar bukan saja dapat memperolehi markah yang tinggi, akan tetapi SETINGGI YANG BOLEH ! 
(D)  Menangani tekanan peperiksaan dengan lebih bijaksana.
Tukarkan stress negatif (distress) menjadi stress positif (eustress). Stress negatif menyebabkan seseorang pelajar risau, bimbang, takut dan tension menghadapi peperiksaan sehingga tidak dapat berfikir, membuat persiapan dan menjawab dengan sempurna. Sementara itu stress positif menolak seseorang pelajar untuk belajar berhabis-habisan. Stress peperiksaan memotivasikannya lagi untuk melipatgandakan usaha.

(E)   Memupuk sikap positif, daya juang dan disiplin tinggi
menjelang peperiksaan. Selain membantu pelajar membuat persiapan peperiksaan dengan berkesan, sudah tentulah di antara tonggak utama Seminar ini ialah untuk memotivasikan peserta untuk berusaha bersungguh-sungguh di bulan-bulan terakhir peperiksaan. Mereka akan diajak untuk mengorbankan keseronokan semasa demi mengejar cita impian masa depan.

BERASINGAN DI ANTARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
Untuk memastikan keberkesanan seminar kita asingkan peserta sekolah rendah dan menengah. Walaupun banyak persamaan dalam soal persediaan peperiksaan, terdapat perbezaan yang ketara di atara peperiksaan UPSR dan PMR-SPM-STPM. Atas sebab itu kita asingkan kelompok pelajar sekolah rendah daqn menengah di dua seminar berasingan tetapi serentak di dewan bersebelahan.

PANDUAN TINDAKAN SUSULAN UNTUK IBUBAPA
Di sejam terakhir, ibu bapa bagi kedua-dua Seminar dijemput untuk mendengar taklimat selama 45 minit mengenai tindakan susulan yang perlu dibuat untuk membantu anak membuat persiapan peperiksaan dengan lebih berkesan. Nota khusus untuk ibu bapa disediakan.
BUKU KERJA SEMINAR
Untuk memastikan seminar benar-benar berkesan dan meninggalkan impak yang lama sehingga peperiksaan, pelajar dibekalkan buku kerja TemanPeriksa yang direka khas oleh Dr.Shukri Abdullah. Buku kerja yang berbeza disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

DR. SHUKRI ABDULLAH DAN ENCIK MOHD AZIR ISMAIL
Sementara Dr.Shukri Abdullah mengendalikan seminar untuk pelahjar sekolah menengah, rakannya Encik Azir Ismail akan bersama pelajar sekolah rendah.
Encik Azir dilatih sendiri oleh Dr. Shukri Abdullah untuk mengendalikan modul “Seminar Bijak Belajar” dan “Seminar Pecutan Akhir” sejak lapan tahun lalu. Beliau sendiri adalah penceramah hebat, pemidato dan pembahas terbaik negara. Oleh kerana beliau amat arif dengan modul Dr. Shukri Abdullah dan beliau sendiri seorang fasilitator yang hebat, sudah semestinya seminar untuk pelajar sekolah rendahn juga sama hebat dengan seminar untuk pelajar sekolah menengah.

SEGERA MENDAFTAR BAGI MENJAMIN ANAK ANDA MENDAPAT TEMPAT DI SEMINAR BIJAK BELAJAR. DAFTAR SEKARANG JUGA !

  

No comments: